Penilaian Maxis Matematik & Sains (Tahun 6 & Tingkatan 1)

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2019, telah berlangsungnya Penilaian e-kelas Matematik dan Sains bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Penilaian ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Penilaian bagi subjek matematik dan sains tahun 6, telah dipantau oleh cikgu melalui Live e-Kelas. Manakala Pelajar tingkatan 1, dipantau oleh staf Pusat Ekonomi Digital semasa Penilaian tersebut dijalankan. Penilaian subjek matematik dan sains ini dibuat melalui portal e-kelas secara online. Peserta perlu daftar masuk ke dalam portal dan membuat penilaian subjek yang telah disediakan di dalam portal. Setelah selesai menjawab soalan, peserta boleh melihat markah penilaian tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali